- Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
- Bacalah Al Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah .
- Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar islam.
- Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.
- Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sunguh dalam setiap perkara.
- Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang .
- Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang , mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan .
- Berkenalan-kenalan dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita . Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskan lah perlaksanaanya.
Monday, March 28, 2011
Sepuluh Wasiat....Daripada Hasan Al Banna
Subscribe to:
Posts (Atom)