Monday, March 28, 2011

Sepuluh Wasiat....Daripada Hasan Al Banna



  1. Apabila saudara mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
  2. Bacalah Al Quran atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik  ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah .
  3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar islam.
  4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.
  5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
  6. Jangan bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sunguh dalam setiap perkara.
  7. Jangan saudara bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang .
  8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi orang , mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah  bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan .
  9. Berkenalan-kenalan dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu dengannya sekalipun ia tidak meminta saudara berkenalan kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
  10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita . Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringkaskan lah perlaksanaanya.

No comments:

Post a Comment